Tuesday, 19 May 2015

PENERAPAN KBAT DALAM PDP SAINS TAHUN 4

SUBJEK: SAINS TAHUN 4
TOPIK : PROSES PERNAFASAN MANUSIA

Soalan 1

Salah satu daripada proses hidup manusia ialah bernafas.

(a) Namakan organ-organ yang terlibat dalam  proses pernafasan manusia.
_____________________________________________________________
                                                                                                                      Standard pembelajaran : 3.1.1
                                                                                                     Tahap penguasaan Standard Prestasi: 1
                                                                                                                         Aras kemahiran berfikir : Mengetahui


 


Rajah 1 menunjukkan organ-organ yang terlibat dalam proses pernafasan manusia.


(b) Labelkan organ-organ pada Rajah 1 dengan nama-nama organ yang anda namakan di(a).


 (c) Pada Rajah satu, lakarkan laluan udara masuk dan udara keluar dengan menggunakan anak panah.
Standard pembelajaran : 3.1.2
Tahap penguasaan Standard Prestasi : 2
   Aras kemahiran berfikir : Memahami 
 
 Soalan 2

Rajah 2.1 dan Rajah 2.2  menujukkan keadaan dada manusia semasa menarik nafas dan menghembus nafas.  Bandingkan Rajah 2.1 dengan Rajah 2.2 dan jawab soalan-soalan berikut.


Rajah 2.1                                     Rajah 2.2

(   a)  Rajah manakah menunjukkan proses;
(i) menarik nafas?

(ii) menghembus nafas?

(   b)  Lengkapkan ayat-ayat di bawah.
      (i)   Semasa menarik nafas dada ________(naik, turun) dan ________ (mengembang, mengempis).  Pada masa yang sama, udara (masuk, keluar ) ke/dari peparu.
      
     (ii)       Semasa menghembus nafas, dada ________(naik, turun) dan ________               (mengembang, mengempis).  Pada masa yang sama udara (masuk, keluar ) ke/dari peparu.
                                                                                                                      Standard pembelajaran : 3.1.3
                                                                                                       Tahap penguasaan Standard Prestasi: 2
                                                                                                                           Aras kemahiran berfikir : Memahami
 Soalan 3

Aktiviti
Kadar pernafasan (Bilangan pergerakan naik dan turun dada dalam masa satu minit)
 Membaca buku

12
Berjalan


20
  Berenang
64
Bermain badminton

42
Jadual 1 menunjukkan kadar pernafasan  Idayu semasa melakukan aktiviti  yang berbeza.

(a)  Berdasarkan Jadual 1, bilakah kadar pernafasan Idayu
(i)            paling rendah?
(ii)     paling tinggi?
Standard pembelajaran : 1.1.8
Kemahiran proses sains: Mentafsir data
Tahap penguasaan Standard Prestasi:2
(b)  Apakah kesimpulan yang boleh dibuat berdasarkan maklumat dalam Jadual 1?
Standard pembelajaran : 3.1.4
Tahap penguasaan Standard Prestasi: 4
Elemen Kbat (Kemahiran berfikir aras tinggi);
Aras kemahiran berfikir : Menganalisis
(c)  Ramalkan kadar pernafasan Idayu sejurus selepas menghabiskan larian 100m semasa sukan sekolah.
Standard pembelajaran : 1.1.5
Kemahiran proses sains: Meramal
Tahap penguasaan Standard Prestasi :1
(d)  Apakah definisi secara operasi bagi kadar pernafasan dalam aktiviti di atas.
Standard pembelajaran : 1.1.9
Kemahiran proses sains: Mendefinisi secara operasi
Tahap penguasaan Standard Prestasi :1
(e)  Pada pendapat anda, siapakah yang akan mengalami kadar pernafasan yang lebih tinggi, seorang yang menyapu lantai atau seorang yang sedang berlumba basikal?  Beri justifikasi bagi jawapan anda.
Elemen Kbat (Kemahiran berfikir aras tinggi);
Aras kemahiran berfikir : Menganalisis,menilai
(f)  Bina satu carta palang dengan menggunakan MS Word untuk menunjukkan maklumat dalam Jadual 1.
Standard pembelajaran : 1.1.6
Kemahiran proses sains: Berkomunikasi
Tahap penguasaan Standard Prestasi :2
Elemen Kbat((Kemahiran berfikir aras tinggi);
Aras kemahiran berfikir : Merekacipta
Soalan 4

Teliti gambar rajah di bawah dan jawab soalan-soalan berikut.



(a) Apakah aktiviti-aktiviti cergas yang anda boleh lakukan selain daripada yang dinyatakan di atas?
Kemahiran berfikir : Mengetahui
(b) Pada pendapat anda, perlukah kita melaksanakan aktiviti yang cergas? Mengapa?
Standard pembelajaran : 3.1.5
Tahap penguasaan Standard Prestasi:5
Elemen Kbat((Kemahiran berfikir aras tinggi);
Aras kemahiran berfikir : Menilai
(c) Cadangan aktiviti cergas yang boleh dilakukan oleh individiu-individiu berikut daripada senarai yang diberikan dalam petak di bawah.  Beri justifikasi bagi cadangan anda.

 
Standard pembelajaran : 3.1.5
Tahap penguasaan Standard Prestasi:6
Elemen Kbat((Kemahiran berfikir aras tinggi);
Aras kemahiran berfikir : Menganalisis,menilai

Jawapan
Soalan 1
  (a) Hidung, trakea dan paru-paru.

  (b) 





 


(c)

 Soalan 2
(a)(i)Rajah 2.1

    (ii)Rajah 2.2

(b) (i) Semasa menarik nafas dada  naik dan mengembang. Pada masa yang sama,
         udara masuk ke peparu.
      (ii)Semasa menghembus nafas, dada turun dan mengempis.  Pada masa yang sama udara keluar dari peparu.


Soalan 3
(a)(i) Paling rendah - semasa tidur
    (ii) Paling tinggi – semasa berenang
(b) Aktiviti yang lebih lasak menyebabkan kadar pernafasan menjadi lebih cepat.
(c) Kadar pernafasan lebih daripada 64.
(d) Bilangan pergerakan naik dan turun dada dalam masa satu minit/
(e) Seorang yang menunggang basikal kerana aktiviti ini lebih lasak.  
(f) Kadar pernafasan














Soalan 4
      (a)  Bermain bola jaring, bermain bola sepak dan lain-lain contoh yang sesuai.
      (b)  Kita perlu melaksanakan aktiviti yang cergas kerana ia boleh menambah ruang peparu. Ini akan menambahkan bekalan oksigen yang dapat dihantar ke otak dan bahagian-bahagian lain badan.  Kesannya, badan akan lebih sihat.
     (c)  (i) Pak Halim
    Cadangan aktiviti : Berjalan
   Justifikasi : Sesuai dengan usia dan keperluan badan

   (ii)Eddy
    Cadangan aktiviti : Mendaki gunung, bermain badminton, bermain bola sepak
    Justikasi : Seorang lelaki  yang muda.  Boleh melaksanakan aktiviti-aktiviti
   lasak.

(ii) Pn Zaiton
     Cadangan aktiviti : Berjalan, senamrobik dan bermain badminton.
     Justifikasi             : Sesuai dengan usia dan jantina.

 


















No comments:

Post a Comment