Thursday, 7 May 2015

PBS : BAB 4 PENTAKSIRAN SEKOLAH PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH

4.0 DEFINISI PENTAKSIRAN SEKOLAH

PS ialah komponen utama dalam proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) kerana pentaksiran ini berperanan mengukuhkan pembelajaran murid, meningkatkan keberkesanan pengajaran guru serta mampu memberi maklumat yang sah tentang apa yang telah dilaksanakan atau dicapai dalam satu-satu proses PdP.

PS dilaksanakan oleh guru dan pihak sekolah sepenuhnya bermula dari aspek perancangan, pembinaan item dan instrumen pentaksiran, pentadbiran, pemeriksaan atau penskoran, perekodan dan pelaporannya.

PS amat penting untuk menentukan keberkesanan guru dan pihak sekolah dalam usaha menghasilkan insan yang harmoni dan seimbang. PS merupakan aktiviti yang berterusan yang menuntut komitmen yang tinggi serta hala tuju yang jelas daripada guru dan pihak sekolah untuk memperkembangkan potensi setiap murid ke tahap maksimum.

PS berfungsi sebagai pentaksiran untuk pembelajaran (assessment for learning) dan pentaksiran tentang pembelajaran (assessment of learning).

PS mempunyai ciri-ciri berikut:

a. Holistik iaitu mampu memberikan maklumat keseluruhan tentang pengetahuan dan kemahiran yang dicapai oleh murid.
b. Berterusan iaitu aktiviti pentaksiran berjalan seiring dengan P&P.
c. Fleksibel iaitu kaedah pentaksiran yang pelbagai mengikut kesesuaian dan kesediaan murid.
d. Merujuk standard prestasi yang dibina berdasarkan standard kurikulum.

PS dilaksanakan secara:

a. Pentaksiran formatif yang dijalankan seiring dengan proses P&P.
b. Pentaksiran sumatif yang dijalankan pada akhir unit pembelajaran, penggal, bulan atau tahun.

4.1 MATA PELAJARAN PENTAKSIRAN SEKOLAH

Jadual 1 menunjukkan mata pelajaran Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR).


Jadual 2 menunjukkan mata pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) yang diajar di sekolah.


4.2 PENTAKSIRAN RUJUKAN STANDARD

Dalam usaha penambahbaikan kepada pentaksiran sekolah sedia ada, Pentaksiran Rujukan Standard diperkenalkan. Pentaksiran Rujukan Standard tidak membandingkan pencapaian seseorang murid dengan murid lain tetapi melaporkan prestasi atau tahap penguasaan murid dalam pembelajaran.
Dalam pentaksiran ini, Panduan Perkembangan Pembelajaran Murid (PPPM) digunakan untuk melihat kemajuan dan pertumbuhan (growth) pembelajaran serta pencapaian prestasi seseorang murid. Panduan Perkembangan Pembelajaran Murid ini mengandungi pernyataan standard prestasi yang memberi petunjuk tentang sejauhmana murid tahu, faham dan boleh buat atau telah menguasai apa yang dipelajari. Pernyataan standard prestasi ini ditetapkan mengikut tahap-tahap penguasaan seperti yang dihasratkan dalam dokumen kurikulum.

Murid dinilai secara adil dan saksama sebagai individu berdasarkan keupayaan, kebolehan, bakat, kemahiran dan potensi diri tanpa dibandingkan dengan orang lain. Pihak sekolah mampu mendapatkan maklum balas yang lengkap dalam bentuk data kualitatif dan kuantitatif yang merangkumi segala aspek tentang diri seseorang murid itu. Ini bertujuan untuk membolehkan semua pihak yang berkepentingan mengenali, memahami, menghargai, mengiktiraf dan memuliakan anak didik mereka sebagai insan yang berguna, penting dan mempunyai potensi untuk menyumbang kepada pembinaan negara bangsa mengikut keupayaan dan kebolehan masing-masing.
Rajah 1 menunjukkan hubung kait antara dokumen kurikulum dengan Panduan Perkembangan Pembelajaran Murid.


Dokumen kurikulum dibangunkan oleh Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK), KPM. Dokumen ini mengandungi perkara-perkara yang patut dipelajari dan perlu disampaikan dalam proses PdP.
Panduan Perkembagan Pembelajaran Murid dibangunkan oleh LP mengandungi panduan untuk mentaksir dan melapor pemeringkatan aras penguasaan murid mengikut tahap-tahap pencapaian berdasarkan hasrat dokumen kurikulum. Dokumen ini juga merupakan satu alat untuk menyokong pembelajaran dan pengajaran secara berterusan.

Panduan Perkembagan Pembelajaran Murid berguna untuk :
1. memantau, menilai dan melapor perkembangan pembelajaran setiap murid.

2. mengenalpasti kelemahan dan kekuatan murid dalam pembelajaran untuk tindakan susulan yang berkesan.

3. mendapatkan profil kelas atau gambaran tentang perkembangan pembelajaran murid untuk guru merancang pengajaran yang lebih berkesan.

4. memberikan maklumat yang segera tentang perkembangan pembelajaran murid kepada guru, pentadbir sekolah, ibu bapa dan mana-mana pihak berkepentingan sebagai asas perbincangan untuk tindakan meningkatkan prestasi murid.

5. memberi maklum balas tentang keberkesanan sesuatu intervensi pengajaran yang dilaksanakan.

6. merancang dan menetapkan sasaran pencapaian murid di awal tahun secara individu dan kolaboratif.

4.3 PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID

Panduan Perkembangan Pembelajaran Murid mengandungi pernyataan standard prestasi yang menerangkan tentang tahap-tahap penguasaan seseorang murid dalam sesuatu mata pelajaran yang dipelajari. Dalam satu tempoh pembelajaran, murid ditaksir berdasarkan penanda aras (benchmark) yang terdapat dalam Panduan Perkembagan Pembelajaran Murid. Guru menggunakan Panduan Perkembagan Pembelajaran Murid sebagai rujukan untuk menentukan aktiviti pentaksiran dilaksanakan secara adil dan berfokus.

Panduan Perkembagan Pembelajaran Murid juga menjadi sumber rujukan oleh semua pihak yang terlibat dalam pendidikan secara langsung dan tidak langsung seperti murid, guru, ibu bapa serta pihak yang berkepentingan untuk menunjukkan dengan jelas matlamat yang ingin dicapai dalam sistem pendidikan.

Dengan menggunakan Panduan Perkembagan Pembelajaran Murid:

a. Murid tahu dengan jelas apa yang perlu dikuasai atau dicapai, apa yang ditaksir dan kualiti yang diharapkan dalam sesuatu pentaksiran.
b. Guru tahu matlamat yang akan dicapai dalam pendidikan murid di sekolah, apa yang ditaksir dan kualiti yang harus ada pada setiap murid.
c. Ibu bapa tahu apa yang telah dikuasai atau dicapai oleh anak-anak mereka selepas melalui proses pendidikan untuk satu tempoh tertentu.
d. Pihak yang berkepentingan tahu matlamat kurikulum dan kualiti murid yang melalui sistem pendidikan negara

Selain itu, Panduan Perkembagan Pembelajaran Murid juga boleh dijadikan kayu ukur untuk menentukan tahap dan standard pendidikan negara berbanding negara lain.

4.4 KERANGKA STANDARD PRESTASI

Pernyataan Standard Prestasi ialah pernyataan tentang sesuatu domain merujuk kepada tanda aras tertentu dan bersifat generik atau umum tentang tahap pertumbuhan dan penguasaan murid dalam pembelajaran.

Pernyataan Standard Prestasi diletakkan dalam kategori mengikut enam aras penguasaan dari Band 1, Band 2,Band 3, Band 4, Band 5 dan Band 6 yang disusun mengikut hierarki. Aras penguasaan dari Band 1 yang terendah dan Band 6 yang tertinggi sejajar dengan hasil pembelajaran yang dihasratkan oleh kurikulum. Pernyataan Standard Prestasi ini diperjelaskan lagi dengan deskriptor yang menyatakan tentang tingkah laku terperinci yang boleh diperhati dan diukur dalam menentukan prestasi atau tahap penguasaan murid dalam pembelajaran.

Jadual 3 menunjukkan kerangka utama Pernyataan Standard Prestasi.


Jadual 4 menunjukkan penerangan terperinci tentang kerangka Pernyataan Standard Prestasi.


4.5 PENGGUNAAN PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID DALAM PS

a. Guru memilih tajuk dan merancang perkara yang akan diajar dengan memilih kandungan mata pelajaran yang terdapat dalam dokumen kurikulum.
b. Guru akan menentukan kaedah pengajaran serta mengenalpasti kaedah pentaksiran. Guru menyediakan bahan-bahan pengajaran dan seterusnya menyampaikan kandungan mata pelajaran tersebut kepada murid dengan menggunakan pelbagai strategi mengikut kreativiti guru.
c. Guru seterusnya akan mentaksir tahap penguasaan murid tentang perkara yang diajar. Pentaksiran boleh dilaksanakan menggunakan pelbagai strategi dan instrumen pentaksiran yang bersesuaian bagi perkara yang ditaksir. Guru juga boleh melakukan pentaksiran secara formal atau tidak formal.
d. Guru menilai prestasi murid. Guru melaporkan tahap prestasi murid berdasarkan evidens yang dikemukakan oleh murid, sama ada dalam bentuk proses, produk atau diri murid itu sendiri.
e. Murid yang tidak menguasai standard yang ditetapkan, guru akan menjalankan sesi pemulihan untuk membimbing dan membantu murid tersebut dengan menentukan strategi pengajaran yang sesuai
f. Murid yang telah menguasai standard kurikulum yang ditetapkan, guru akan merekod dan melaporkan tahap penguasaan murid serta meneruskan Pengajaran dan Pembelajaran yang berikutnya berdasarkan pemeringkatan dalam dokumen kurikulum.
g. Guru memilih tajuk untuk pengajaran dan pembelajaran yang seterusnya.

Carta Alir menunjukkan penggunaan Panduan Perkembangan Pembelajaran Murid dalam PS


Penggunaan Panduan Perkembangan Pembelajaran Murid dalam PS.

4.6 INSRUMEN PENTAKSIRAN

Pelbagai instrumen pentaksiran yang sesuai dengan konstruk yang ditaksir dalam sesuatu mata pelajaran yang digunakan. Antara instrumen pentaksiran yang digunakan ialah :

a. Pemerhatian
Instrumen yang memerlukan murid melakukan tugasan dengan cara melihat atau mengawasi sesuatu perkara secara berterusan, berkala atau berjadual tentang apa yang dihasratkan.
b. Soal Jawab
c. Pensil dan kertas / Ujian Bertulis
Instrumen yang menggunakan item objektif atau subjektif
d. Persembahan
Instrumen yang bersifat lebih fleksibal melibatkan tugasab menyeluruh yang merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan sikap dalam pelbagai situasi dan konteks. Persembahan meliputi komponen praktikal sesuatu mata pelajaran dengan menentukan bagaimana murid menggabungkan teori dan amali.
e. Projek
Projek ialah satu bentuk tugasan yang dilaksanakan dalam aktiviti pembelajaran yang dijalanakan dalam satu tempoh masa yang ditentukan melibatkan aktiviti pengumpulan maklumat dan penyediaan laporan. Instrumen ini boleh dijalanakan secara individu atau secara kumpulan. Pelaksanaan instrumen ini membolehkan murid mengintegrasikan pengetahuan serta kemahiran interoersonal dalam melaksanakan tugasan.
f. Produk
Tugasan yang memerlukan murid melaksanakan atau membuat atau menghasilkan satu produk berdasarkan tugasan yang diberikan.
g. Amali
Tugasan yang memerlukan murid mempraktikkan atau melakukan apa yang telah dipelajari dalam bentuk teori.
h. Lembaran Kerja
i. Tugasan bertulis / Karya Penulisan
Instrumen yang memerlukan murid menghasilkan laporan /dokumen /karya kreativiti dalam bentuk penulisan mengikut spesifikasi atau format yang ditetapkan berpandukan kepada tugasan yang diberi.
j. Kuiz
k. Senarai semak
l. Tugasan rumah
m. Penilaian rakan sebaya
n. Latihan / Kerja harian
o. Buku Skrap
p. Demonstrasi
q. Skala ‘rating’ holistik
r. Tugasan bertulis
s. Portfolio
t. Tilawah
u. Simulasi

4.7 PELAPORAN

Pelaporan ialah proses guru menentukan tahap penguasaan murid dalam mata pelajaran yang diajar berdasarkan deskriptor yang terdapat dalam DSP. Pelaporan boleh dilakukan secara formatif dan sumatif.
a. Pelaporan Perkembangan Pembelajaran Murid melaporkan perkembangan murid dalam pembelajaran berdasarkan pentaksiran secara formatif.
b. Pelaporan Pencapaian Murid melaporkan pencapaian murid dalam pembelajaran berdasarkan pentaksiran secara sumatif.

4.8 PENGURUSAN EVIDENS PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH

4.8.1 DEFINISI EVIDENS

Evidens adalah respon / bukti tahap penguasaan murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Evidens terbahagi kepada dua iaitu evidens murid dan evidens bahan.
Evidens murid merujuk kepada keupayaan sebenar murid tentang apa yang dia tahu dan boleh buat secara lisan atau perlakuan.

Evidens bahan merujuk kepada apa-apa bukti produk atau proses seperti foto, grafik, artifak, laporan dan lain-lain yang dihasilkan oleh murid dalam melaksanakan sesuatu tugasan. Evidens bahan boleh disediakan secara individu atau berkumpulan.

n. Latihan / Kerja harian
o. Buku Skrap
p. Demonstrasi
q. Skala ‘rating’ holistik
r. Tugasan bertulis
s. Portfolio
t. Tilawah
u. Simulasi

4.8.2 CIRI- CIRI EVIDENS

a. Sah
- evidens yang dikemukakan hendaklah relevan dan menggambarkan penguasaan / pencapaian standard yang telah ditetapkan.
b. Autentik
- murid dapat membuktikan evidens yang dikutip adalah hasil kerjanya sendiri.
c. Kecukupan
- evidens yang dikumpul mencukupi untuk menunjukkan kemampuan murid.
d. Semasa
- evidens dapat membuktikan murid dapat membuat tugasan mengikut piawaian semasa.
e. Tekal
- evidens yang dikumpul dapat membuktikan ketekalan perlakuan dan membuktikan keputusan yang sama diberi oleh pentaksir yang berlainan.

4.8.3 JENIS-JENIS EVIDENS

a. Evidens PS dan PP

i. Penulisan
- Menulis aksara pada perantara dengan tujuan untuk membentuk perkataan dan gagasan lain yang mewakili bahasa atau maklumat.
- Penciptaan bahan-bahan yang disampaikan melalui tulisan.

ii.Bahan cetakan. 
Hasil kerja murid yang menggunakan pelbagai medium cetakan.

iii.Persembahan
Pembentangan atau penglibatan murid dalam mempamerkan bakat melalui pelbagai aktiviti.
Catatan : Gerak kerja / aktiviti semasa melakukan tugasan juga adalah satu evidens murid.

iv. Foto
Gambar yang mempunyai persamaan dengan suatu subjek.

v. Grafik
- Merupakan persembahan visual yang ditunjukkan pada permukaan seperti dinding, kanvas, skrin komputer, kertas, papan untuk tujuan jenama, pemberitahuan, ilustrasi atau hiburan. Contoh grafik ialah gambar, foto, lukisan, seni tanpa ton, graf, tipografi, nombor, simbol, reka bentuk geometri, peta, lukisan kejuruteraan atau imej lain. Grafik selalunya menggabungkan teks, ilustrasi dan warna.
- Grafik boleh wujud sebagai grafik berfungsi atau berseni. Grafik juga boleh merupakan bayangan atau menggambarkan perkara yang wujud dalam dunia sebenar.

vi. Artifak
- Bahan yang dihasilkan dan salinan yang dicatatkan sebagai satu tinggalan sejarah atau telah dibuat sekian lama.
- Bahan yang dihasilkan seperti arca.

vii. Laporan
Penulisan berformat untuk melaporkan sesuatu tugasan.

viii. Model
Bentuk fizikal objek yang tidak berdasarkan skala sebenar.

ix. Produk
Barang atau perkhidmatan yang dihasilkan.

x. Rakaman
Perekodan / pelaporan dalam bentuk audio visual.

xi. Bahan Informasi Komunikasi danTeknologi (ICT)
Sebarang bentuk penyimpanan evidens yang menggunakan ICT.

xii. Proses
Gerak kerja / aktiviti semasa melakukan tugasan.

b. Evidens PAJSK
i.Borang Rekod SEGAK dan BMI Pin.1/2014
ii.Borang Rekod Kehadiran / Penyertaan Untuk Sukan / Kokurikulum / Ekstrakurikulum Pin.1/2014
iii.Borang Rumusan Aktiviti Sukan / Kokurikulum. Pin.1/2014
iv.Borang Rumusan Aktiviti Ekstrakurikulum Pin.1/2014

c. Evidens PPsi
i. Borang Profil Psikometrik (BPP) murid.

4.8.4 PENYIMPANAN EVIDENS

a. Evidens PS
i. Evidens PS dalam buku latihan, buku kerja, lembaran kerja di simpan dengan selamat dan bersistematik sebelum direkodkan.
ii. Evidens PS hendaklah diserahkan kepada murid setelah direkodkan.
Evidens terbaik dijadikan showcase untuk rujukan murid dan guru. Evidens showcase boleh disimpan dalam fail atau dipamerkan di ruang pameran sekolah.

b. Evidens PP
i.Evidens PP hendaklah di simpan dengan selamat dan bersistematik bagi tujuan penjaminan kualiti (penyelarasan markah).
ii.Evidens PP hendaklah diserahkan kepada murid setelah penyelarasan dan perekodan markah.

c. Evidens PAJSK
i. Evidens PAJSK di simpan dengan selamat dan bersistematik sebelum direkodkan.
ii. Evidens PAJSK hendaklah diserahkan kepada murid setelah direkodkan.

d. Evidens PPsi
i. BPP adalah TERHAD. Evidens murid disimpan dalam Fail Pentaksiran Psikometrik oleh guru bimbingan dan kaunseling.
ii. Fail disimpan di tempat yang selamat secara sistematik .
iii. Evidens diserahkan kepada murid apabila murid berpindah atau selepas tamat persekolahan.

No comments:

Post a Comment