Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah memperkenalkan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) selari dengan transformasi Sistem Pentaksiran Pendidikan Kebangsaan (SPPK). PBS bersifat holistik iaitu menilai aspek kognitif (intelek), afektif (emosi dan rohani), psikomotor (jasmani) dan sosial selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang memberi penekanan kepada aspek Jasmani, Emosi, Rohani dan Intelektual (JERI). Komponen PBS terdiri daripada Pentaksiran Sekolah (PS), Pentaksiran Pusat (PP), Pentaksiran Psikometrik (PPsi) dan Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK).
3.1 DEFINISI PENTAKSIRAN PUSAT
Pentaksiran Pusat (PP) adalah komponen Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang merupakan pentaksiran sumatif yang setara bagi menilai pencapaian akademik murid. PP mentaksir aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai secara menyeluruh. Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) adalah komponen pentaksiran pusat di peringkat menengah rendah.
3.3 INSTRUMEN PENTAKSIRAN PT 3
Instrumen pentaksiran yang digunakan dalam PT3 bagi setiap mata pelajaran mencakupi sukatan pelajaran Tingkatan 1, Tingkatan 2 dan Tingkatan 3.
3.4 KELAYAKAN MENDUDUKI PT3
Murid Sekolah
1 Semua murid sekolah kerajaan / sekolah bantuan kerajaan / Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) / sekolah di bawah agensi kerajaan / Sekolah Menengah Agama Negeri (SMAN) / Sekolah Menengah Agama Rakyat (SMAR), SM Pendidikan Khas, dan sekolah swasta yang berdaftar dengan KPM atau Sekolah Swasta yang Tidak Berdaftar tetapi mengikuti kurikulum kebangsaanhendaklah melaksanakan PP di peringkat menengah rendah, dan
2 Murid berada di Tingkatan Tiga
Calon Persendirian
1 Calon tidak berada dalam sistem persekolahan.
2 Calon telah berumur 14 tahun pada 1 Januari tahun pendaftaran.
3.5 MATA PELAJARAN YANG DITAWARKAN PT3
3.6 YURAN PENDAFTARAN PT3
Calon Sekolah Swasta dan Calon Persendirian hendaklah membuat bayaran yuran pendaftaran sebanyak RM 65.00.
3.7 PENGURUSAN PT3
3.7.1 MURID SEKOLAH
a. Murid Hadir
Pentadbir sekolah hendaklah mengambil tindakan seperti berikut:
i. Memastikan PP dilaksanakan mengikut jadual yng ditetapkan oleh pihak sekolah sepanjang murid hadir di sekolah.
b. Kes Disiplin (ponteng dan buang sekolah).
Pentadbir sekolah hendaklah mengambil tindakan seperti berikut:
i. memfailkan nama murid beserta dengan surat amaran dan laporan tindakan dari unit disiplin sekolah dalam Fail Disiplin Sekolah.
ii. memastikan PP dilaksanakan sepanjang murid hadir di sekolah.
c.Murid Tidak Hadir Ke Sekolah Dalam Tempoh Masa Yang Panjang Atas Sebab Kesihatan.
Pentadbir sekolah hendaklah mengambil tindakan seperti berikut:
i. memfailkan nama murid beserta dengan dokumen sokongan dalam Jadual Kedatangan Murid.
ii. memastikan PP dilaksanakan sepanjang murid hadir di sekolah.
d. Murid Berkeperluan Khas (MBK)
Pentadbir sekolah hendaklah mengambil tindakan seperti berikut:
i. mengenal pasti kategori murid dari golongan MBK.
Kategori murid MBK adalah seperti berikut:
Masalah Pendengaran:
- Bisu
- Pekak
Masalah Penglihatan:
- Rabun
- Buta
Masalah Pembelajaran:
- Terencat Akal
- Sindrom Down
- Spastik/Cerebral Palsy
- Pelbagai Kecacatan / Ketidakupayaan lain, Disleksia / Attention Deficit Hyperactivity Disorder (ADHD) / Attention Deficit Disorder (ADD) / Autisme / Learning Disabilities (LD)
- Slow Learner
ii. mengkategorikan murid sebagai MBK berdasarkan dokumen sokongan berikut:
- Laporan Perubatan yang mengesahkan murid adalah MBK; atau
- Kad OKU bagi murid yang telah mendaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat.
iii. memfailkan nama murid beserta dengan dokumen sokongan dalam Fail Peribadi Murid
iv. melaksanakan PS kepada semua murid MBK kerana tiada sebarang pengecualian diberikan kepada murid berkenaan. Murid berkenaan akan ditaksir dan dinilai menggunakan mekanisme yang sesuai.
melaksanakan PP kepada semua murid MBK kerana tiada sebarang pengecualian diberikan kepada murid berkenaan. Murid berkenaan akan ditaksir dan dinilai menggunakan mekanisme yang sesuai. Murid pekak dan bisu dikecualikan daripada melaksanakan ujian lisan bertutur dan mendengar.
melaksanakan ketetapan pengecualian murid dari melaksanakan SEGAK dalam komponen PAJSK.
melaksanakan ketetapan pengecualian murid dari melaksanakan Inventori Tret Personaliti, Inventori Minat Kerjaya, Ujian Aptitud Am dan Ujian Aptitud Khusus dalam PPsi.
v. Memastikan murid yang tidak dapat melaksanakan PP hendaklah mematuhi prosedur permohonan keperluan khas berikut:
- memaklumkan kepada ibu bapa / penjaga murid untuk membuat permohonan kepada pihak sekolah. Murid yang tidak membuat permohonan akan dianggap sebagai murid biasa.
- mengemukakan salinan permohonan dengan menggunakan borang yang disediakan oleh LP berserta dokumen sokongan seperti laporan perubatan atau kad OKU kepada Pengarah Pendidikan Negeri untuk kelulusan melaksanakan PP menggunakan mekanisme yang ditetapkan untuk calon berkeperluan khas.
vi. menyediakan keperluan khas yang diperlukan oleh murid berkenaan seperti perkhidmatan, peralatan atau perisian khas dalam pentaksiran PBS.
d. Murid Bertukar Sekolah.
Pentadbir sekolah asal hendaklah mengambil tindakan seperti berikut:
i. mengemas kini skor PBS murid berkenaan dalam Sistem Pengurusan Sekolah sebelum proses perpindahan tersebut.
ii. memastikan data murid dalam Sistem Pengurusan Sekolah dikemaskini.
iii. menyerahkan evidens PP dan PPsi secara rasmi kepada ibu bapa / penjaga murid untuk diserahkan kepada sekolah baharu.
Pentadbir sekolah baharu hendaklah mengambil tindakan seperti berikut:
i. memastikan evidens PP dan PPsi murid dari sekolah asal diterima.
ii. memastikan data murid dalam Sistem Pengurusan Sekolah dikemaskini.
e. Murid di Bawah Pengawasan Kementerian Dalam Negeri Dan Jabatan Kebajikan Masyarakat.
Pentadbir di bawah agensi berkenaan hendaklah mengambil tindakan seperti berikut:
i. memastikan semua murid melaksanakan PBS kerana tiada sebarang pengecualian diberikan kepada murid berkenaan. Murid berkenaan akan ditaksir dan dinilai menggunakan mekanisme yang sesuai.
ii. Memastikan murid yang tidak dapat melaksanakan PP hendaklah menda
f. Murid di bawah Pengawasan Sekolah Dalam Hospital (SDH)
Pentadbir SDH berkenaan hendaklah mengambil tindakan seperti berikut:
i. memastikan semua murid melaksanakan PBS kerana tiada sebarang pengecualian diberikan kepada murid berkenaan. Murid berkenaan akan ditaksir dan dinilai menggunakan mekanisme yang sesuai.
ii. Memastikan skor murid diserahkan kepada sekolah asal untuk tujuan perekodan.
iii. Memastikan murid yang tidak dapat melaksanakan PP hendaklah mendapat kelulusan rasmi Pengarah Peperiksaan.
g. Atlet yang Terlibat Dalam Latihan Dan Kejohanan Peringkat Negeri dan / atau Kebangsaan / Antarabangsa.
Pentadbir sekolah hendaklah mengambil tindakan seperti berikut:
i. memastikan PBS dilaksanakan sepanjang murid hadir di sekolah.
ii. merujuk kepada Pengarah Peperiksaan untuk mendapatkan maklumat dan tindakan selanjutnya bagi melaksanakan PP untuk murid berkenaan.
h. Murid Baru Pulang Dari Bermastautin Di Luar Negara.
Pentadbir sekolah hendaklah mengambil tindakan seperti berikut:
i. memastikan PBS dilaksanakan sepanjang murid hadir di sekolah.
3.8 PELAPORAN PT3
1. Calon Sekolah akan menerima pelaporan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT 3) daripada pihak sekolah. Calon Persendirian akan menerima laporan daripada pihak Jabatan Pendidikan Negeri.
2. Calon akan menerima gred bagi mata pelajaran yang diduduki sahaja.
3.9 PEMASANGAN INSTRUMEN
1. Pemasangan instrumen berdasarkan Item, Jadual Spesifikasi Ujian, Format Instrumen, Jadual Penggredan dan Panduan Pemasangan Instrumen.
2. Verifikasi instrumen oleh Ketua Panitia di peringkat sekolah.
Verifikasi instrumen oleh pegawai yang dilantik oleh Lembaga Peperiksaan.
Carta alir menunjukkan proses pemasangan dan verifikasi instrumen oleh sekolah.
Carta alir menunjukkan proses pemasangan dan verifikasi instrumen oleh KPK, KPN, KPKw dan PKw.
3.10 PEMERIKSAAN
1. Pemeriksaan skrip jawapan calon dilakukan oleh guru mata pelajaran berpandukan Panduan Penskoran.
2. Penyelarasan pemeriksaan dan moderasi dilakukan oleh Ketua Panitia di peringkat sekolah.
Penyelarasan pemeriksaan dan moderasi juga akan dilakukan oleh Ketua Pentaksir Kebangsaan, Ketua Pentaksir Negeri, Ketua Pentaksir Kawasan dan Pentaksir Kawasan yang dilantik oleh Lembaga Peperiksaan dan Jabatan Pendidikan Negeri.
3. Pemberian skor dan penetapan gred berpandukan Jadual Penggredan.
Verifikasi skor dan gred oleh Ketua Panitia di peringkat sekolah.
Verifikasi skor dan gred oleh Ketua Pentaksir Kebangsaan, Ketua Pentaksir Negeri, Ketua Pentaksir Kawasan dan Pentaksir Kawasan yang dilantik oleh Lembaga Peperiksaan dan Jabatan Pendidikan Negeri.
4. Pengetua akan membuat verifikasi gred calon sebelum dihantar ke Lembaga Peperiksaan.
5. Sekolah mengeluarkan pelaporan berdasarkan format Pelaporan PT3.
Carta alir menunjukkan proses pemeriksaan skrip jawapan calon dan moderasi pemeriksaan dan verifikasi skor oleh sekolah.
Carta alir menunjukkan proses pemeriksaan skrip jawapan calon dan moderasi pemeriksaan dan verifikasi skor oleh KPK, KPN, KPKw dan PKw.
No comments:
Post a Comment