Wednesday, 19 November 2014

Contoh karangan jenis surat rasmi

Karangan Jenis Surat Rasmi

Surat rasmi ditulis untuk tujuan-tujuan seperti yang berikut antaranya :

a.      memohon pekerjaan
b.      membuat aduan / bantahan / cadangan
c.      membuat rayuan
d.      membuat jemputan rasmi
e.      menempah barangan
f.        meminta kebenaran
g.      atau apa-apa yang melibatkan urusan rasmi

1.      Surat rasmi adalah salah satu karangan yang memerlukan kita sensitif              dengan penggunaan tanda baca seperti penggunaan huruf besar dan huruf        kecil. ( Anda boleh dapatkan bantuan daripada guru. )

2.      Karangan ini juga merupakan karangan yang penuh dengan format                    tersendiri yang mesti kamu ikuti. Ini memudahkan anda melakukan                  kesalahan serta mudahlah markah anda melayang. Ia juga memudahkan          anda mendapat markah jika anda mahir dengan formatnya.

3.      Perhatikan format di bawah.

Alamat Penulis
______________
______________
______________
_____________________( garisan panjang )__________________________


Jawatan / penerima
Alamat (pejabat, sekolah, dsb)                  Tarikh : (selari dengan nama negeri)


Tuan / Puan,


Tajuk /Perkara / Hal (Permulaan Perkataan Huruf Besar Dan Gariskan)


Menyatakan tujuan ( perenggan tiada nombor dan rapat di sebelah kiri)


2.       ( Menyatakan isi -isi atau hal-hal lain yang berkaitan dengan tajuk. cuba sampaikan sekurang-kurangnya tiga isi penting yang berkaitan antara satu sama lain)


3.       ( Menyatakan hal-hal lain yang ada hubungannya dengan hal yang kita kemukakan , misalnya alasan yang boleh memungkinkan permohonan kita dipertimbangkan.)


(Penutup)


Yang benar, ( perhatikan penggunaan huruf  yang digunakan)


__________
Nama Penuh ( HURUF BESAR)
Jawatan ( Huruf Kecil )


Tuliskan sepucuk surat kepada Setiausaha Sukan sekolah kamu untuk memberitahunya bahawa Pasukan Bola Jaring sekolah kamu memerlukan sebiji bola baru bagi menggantikan bola yang telah rosak.

Rangka


1.      alamat pengirim ( permulaan perkataan dalam huruf besar ) ( jangan lupa          tanda koma di hujungnya ) kemudian selang satu baris
2.      buat satu baris panjang melintang kemudian selang satu baris
3.      nama ( jawatan ) serta alamat penerima ( permulaan perkataan dalam              huruf besar )( alamat yang terakhir digariskan )
4.      tarikh ( selari dengan alamat terakhir penerima ) ( bulan ditulis dalam                huruf besar )
5.      kata ganti diri penerima ( Tuan, )
6.      perkara / tajuk ( permulaan perkataan dalam huruf besar dan digariskan )
7.      perenggan pertama tujuan menulis surat ini ( tiada jarak perenggan, lihat          contoh )
8.      perenggan ke-2 - bola lama tidak dapat digunakan lagi - memerlukan bola          baru( bagi perenggan kedua dan seterusnya mempunyai nombor serta              tanda noktah. Jarakkan sedikit sebelum menulis )
9.      perenggan ke-3 berharap agar permohonan diluluskan supaya latihan tidak        terganggu
10.   perenggan ke-4 mempunyai masa yang singkat sebelum hari perlawanan
11.   penutup  terima kasih
12.   tandatangan pengirim ( boleh ditulis nama secara bersambung atau tidak )
13.   nama penuh ( huruf besar ) dalam kurungan
14.   jawatan jika ada ( permulaan perkataan dalam huruf besar )
15.   berhati-hati dalam penggunaan tanda baca seperti huruf besar , tanda               noktah dan koma.

Tip : Amalkan menulis salam sebelum memulakan karangan jenis ucapan, syarahan, surat tidak rasmi atau jenis karangan yang sesuai., Ini adalah kerana, diyakini kebanyakan yang memeriksa kertas penulisan adalah orang terdiri dari kalangan orang Islam.

No comments:

Post a Comment