Spesifikasi Tugas SISC+
PPP yang dilantik sebagai SISC+ bertanggungjawab kepada Pegawai Pelajaran Daerah di PPD yang ditempatkan. Tugas utama SISC+ adalah mempertingkat kualiti PdP guru mata pelajaran di bawah kawalannya ke arah mempertingkat penguasaan dan pencapaian murid.
Selaku SISC+, pegawai akan memperuntukkan 80% hingga 90% masa berkerja dengan guru di sekolah.
Di antara tanggungjawab utama SISC+ adalah;
- Memastikan tahap PdP guru - guru di bawah kawalan mencapai standard yang telah ditetapkan.
- Memastikan tahap pelaksanaan dasar dan program KPM dijalankan di sekolah.
- Merealisasikan KPI mata pelajaran yang telah ditetapkan.
- Meningkatkan tahap profesionalisme, pengetahuan, kemahiran dan sikap diri masing-masing.
- Merancang dan menyelaras pelaksanaan latihan untuk guru di daerah masing-masing.
| 
Coaching and 
Mentoring | 
·     Membimbing guru meningkatkan teknik pedagogi supaya lebih
  efektif, kreatif dan inovatif. 
·     Mencadangkan KPI mata pelajaran kepada sekolah. 
·    Berfungsi sebagai agen perubahan positif dan menjadi pakar
  rujuk sumber. | 
| 
Kurikulum | 
·     Memberi bimbingan dan kefahaman kepada mengenai dasar dan
  program 
·     KPM seperti MBMMBI, LINUS, KSSR, KSSM, PBS dan lain-lain. 
·  Menyampaikan maklumat terkini mengenai mata pelajaran dan
  pelaksanaan penilaian kurikulum dalam bilik darjah. 
·    Mengenal pasti isu-isu semasa bagi setiap dasar dan program
  yang berkaitan mata pelajaran masing-masing. 
·    Membincangkan intervensi yang bersesuaian bagi mata pelajaran
  yang dibimbing. | 
| 
Pelaporan 
(Reporting) | 
·    Melaporkan dapatan penyeliaan dan bimbingan yang telah
  dilaksanakan kepada PPD setiap dua minggu. 
·    Menggunakan format pelaporan yang dibekalkan dalam buku
  panduan. | 
| 
Jaringan 
(Networking) | 
·    Melaksanakan perkongsian pintar. 
·    Melaksanakan sesi latihan bersama bagi sekolah-sekolah di
  bawah kawalan. | 
BAHAN DARI PORTAL RASMI JABATAN PENDIDIKAN PUTRAJAYA
 
 
No comments:
Post a Comment