Monday, 16 February 2015

PENGGUNAAN KATA TUGAS YANG BOLEH DIGUNAKAN DALAM RPH

CONTOH KATA TUGAS

Bil.
Kata Tugas
Respons Yang Diharapkan
1
Analisiskan
(Analyse)
Membuat pernyataan terperinci tentang suatu aspek atau perkara yang dikomunikasikan
2
Anggarkan
(Estimate)
Memberi nilai kuantitatif yang dianggap sesuai dengan konteks berdasarkan pertimbangan/ ciri-ciri sesuatu pengetahuan tertentu
3
Apakah
(What)
Memberikan maklumat yang khusus yang spesifik
4
Bagaimanakah
(How)
Memperihalkan/Memberi penerangan tentang cara/ keadaan/ langkah/ kejadian
5
Bandingkan
(Compare)
Menyatakan persamaan dan perbezaan antara dua atau lebih perkara
6
Bangunkan
(Develope)
Menghasilkan satu aturcara / program  menggunakan perisisan / kaedah yang sesuai mengikut langkah-langkah tertentu
7
Berapakah
(How much/many)
Memberi kuantiti
8
Bezakan
(Differentiate)
Menyatakan kelainan/ ketidaksamaan antara dua atau lebih perkara  ATAU

Melaksanakan algoritma  d   bagi suatu fungsi x dx

9
Bilakah
(When)
Menyatakan masa/ waktu/ urutan prosedur
10
Bina
(Construct)
Membuat sesuatu menggunakan kaedah/ alat tertentu
11
Bincangkan
(Discuss)
Memberi penerangan / pandangan daripada pelbagai aspek
12
Membuat hipotesis
(Make a hypothesis)
Mengemukakan pernyataan yang boleh diuji akan kesahihahnya
13
Buktikan
(Proof)
Menyatakan kebenaran dengan dalil/ contoh/ fakta sebagai sokongan
14
Bundarkan
(Round off)
Membuat penghampiran bagi suatu nilai kepada kejituan tertentu
15
Cadangkan
(Suggest)
Memberi pandangan / idea/ pendapat dengan mempertimbangkan perkara positif atau negatif
16
Cari
(Find)
Memberikan sesuatu nilai / kedudukan / perkara secara  mengenalpasti dengan menggunakannkaedah tertentu atau menghitung secara riingkas
17
Catatkan
(Jot)
Merakamkan sesuatu maklumat
18
Ciptakan
(Create)
Menghasilkan/ mewujudkan/ menerbitkan sesuatu dengan daya fikiran/ imaginasi
19
Cerakinkan
Menghuraikan sesuatu kepada bahagian
20
Deduksikan
(Deduce)
Membuat kesimpulan berdasarkan sesuatu
21
Definisikan
(Define)
Memberi keterangan yang singkat tetapi jelas tentang makna suatu perkataan khusus / istilah / terminologi
22
Dimanakah
(Where)
Menyatakan tempat / kedudukan
23
Fokuskan
(Focus)
Memberi penerangan / pernyataan dengan menumpu kepada suatu aspek tertentu
24
Formatkan
(Format)
Menyediakan / menyusun maklumat mengikut sesuatu prinsip/ prosedur / peraturan tertentu
25
Galurkan
(Chronicle)
Menghuraikan peristiwa atau fakta secara kronologi
26
Gambarkisahkan
(Describe)
Memberi penerangan dengan menggunakan gambar rajah
27
Gariskasarkan
(Outline)
Memberi ciri penting secara umum untuk sesuatu proses / tindakan
28
Hitung
(Calculate)
Memberi nilai kuantitatif dengan melaksanakan algoritma ( langkah-langkah tertentu) atau menggunakan rumus
29
Hubungkaitkan
(Relate)
Membuat sesuatu pertalian berdasarkan beberapa ciri/ faktor
30
Huraikan
(Elaborate/Describe)
Memperihalkan/ Menceritakan sesuatu dengan panjang lebar/ terperinci secara teratur
31
Ilustrasikan
(illustrate)
Memperihalkan dengan contoh/ gambar rajah/rajah

32
Interpretasikan
(Interprete)
Memberi maklumat atau makna lain bagi sesuatu komunikasi
33
Isi
(Fill in)
Memenuhkan maklumat yang spesifik di ruang yang betul
34
Jadualkan
(Tabulate)
Membuat susunan acara / perkara mengikut ciri-ciri atau urutan tertentu yang telah ditetapkan
35
Jelaskan
(Clarify)
Memberi penerangan tentang sesuatu dengan sokongan supaya mudah difahami
36
Kamirkan
(Intergrate)
Melaksanakan algoritma ∫ Æ’(x) dx bagi fungsi x
37
Kemukakan
(Give opinion)
Memberi pendapat sama ada meyokong atau membangkang
38
Kenalpasti
(Identify)
Memberi petunjuk atau makluman terhadap suatu perkara / benda/ pernyataan  yang dikenali atau dicam dengan jelas
39
Klasifikasikan
(Classify)
Mengumpulkan/ membahagi-bahagikan/ melabelkan seuatu kepada sesuatu kumpulan/ kategori berdasarkan kesamaan kualiti/ criteria/ cirri/ sifat/ rupa bentuk/struktur
40
Kompilkan
(Compile)
Menjana suatu atur cara komputer dalam bentuk bahasa mesin yang dapat dijalankan daripada atur cara bahasa aras tinggi
41
Labelkan
(Label)
Menandakan dan/ atau member panggilan yang spesifik terhadap sesuatu rujukan pada rajah/ graf/ carta/ illustrasi dan sebagainya
42
Lakarkan
(Sketch)
Memberi persembahan berbentuk rajah / gambar rajah / peta secara kasar dan tidak memerlukan perincian
43
Laporkan
(Report)
Memberitahu maklumat tentang sesuatu keadaan secara lisan atau bertulis
44
Laraskan
(Adjust)
Menyesuaikan dengan sesuatu supaya sama dengan tolok/ penunjuk
45
Lengkapkan
(Complete)
Mengisikan maklumat / nilai yang spesifik pada ruang kosong pada jadual / rajah/ ayat yang diberikan
46
Lorekkan
(Shade)
Melukis dengan garisan / corengan / coretan pada kawasan / rantau / ruangan tertentu
47
Lukiskan
(Draw)


Memberi persembahan berbentuk grafik/ rajah/ gambarajah/ graf bagi menggunakan sesuatu benda atau perkara dengan menggunakan alat dan mengikut ukuran skala tertentu
48
Manakah
(Which)
Menyatakan pilihan
49
Mangapakah
(Why)
Memberi sebab
50
Namakan
(Name)
Memberi panggilan yang spesifik terhadap suatu benda / istilah/ terminologi / proses
51
Nilaikan
(Evaluate)
Membuat pertimbangan terhadap sesuatu perkara
52
Nyatakan
(State)
Memberi jawapan yang spesifik tanpa memerlukan penerangan lanjutan / huraian/ sokongan
53
Organisasikan
(Organise)
Membuat sesuatu berdasarkan apa yang telah dirancang
54
Orkestrakan
(Orchestrate)
Menyusun skor untuk alat muzik orkestra berdasarkan skor yang ada
55
Padankan
(Match)
Membuat kesesuaian yang setara berdasarkan rajah / simbol / maklumat tentang pernyataan berhubung spesifikasi / fungsi / aplikasi atau sebaliknya
56
Pamerkan
(Exhibit)
Menunjukkan persembahan terhadap penguasaan sesuatu perkara
57
Pasangkan
(Assemble)
Mencantumkan bahagian sesuatu mengikut susunan prosedur yang betul
58
Paterikan
Melakukan proses menyambung dengan menggunakan set pematri
59
Peringkatkan
Membuat pemeringkatan beberapa perkara mengikut aras / tahap tertentu
60
Pilih
(Choose)
Menentukan maklumat yang terbaik
61
Plot
(Plot)
Menanda / Melukis melalui titik-titik graf
62
Ramalkan
(Predict)
Memberi suatu nilai yang dijangkakan munasabah berdasarkan pola atau corak tertentu
63
Rekabentukkan
(Design)
Membuat garis kasar / lakaran / plan tindakan / prototip / model
64
Rekodkan
(Record)
Mencatatkan dapatan kajian / eksperimen / data / pemerhatian mengikut format
65
Ringkaskan
(Simplify)
Menyatakan sesuatu ungkapan / pernyataan/ petikan secara pendek/ padat dan mengekalkan kandungan utama asalnya
66
Rumuskan
(Conclude)
Membuat sesuatu kesimpulan berdasarkan data / maklumat / petikan .
67
Sarankan
(Suggest)
Memberi pandandan / idea yang boleh diaplikasikan dalam sesuatu situasi sesuatu masalah
68
Sediakan
(Prepare)
Mengadakan / Mewujudkan / Menyiapkan/ Melengkapkan ? menyusun sesuatu mengikut format dan prinsip tertentu
69
Selesaikan
(Solve)
Membuat sesuatu keputusan / Melakukan langkah-langkah tertentu untuk mengatasi / mendapat keputusan bagi
70
Senaraikan
(List)
Memberi beberapa fakta / ciri/ konsep / prinsip/ teori secara spesifik / berbentuk point tanpa memberi hubungan / perkaitan , penerangan lanjutan bagi setiap satunya
71
Siapakah
(Who)
Mengenalpasti individu dalam konteks tertentu
72
Susun
(Arrange)
Membuat sesuatu urutan dengan menggunakan kaedah / prinsip / keperluan / keutamaan
73
Syorkan
(Suggest)
Memberi pandangan / idea / pendapat yang boleh diaplikasikan dalam sesuatu situasi dengan mempertimbangkan perkara positif atau negatif
74
Tafsirkan
Mengulas sesuatu berdasarkan maklumat yang diberi
75
Takrifkan
(Define)
Memberi keterangan yang singkat tetapi jelas tentang makna sesuatu perkara khusus / istilah / terminologi
76
Tandakan
(Mark)
Meletakkan simbol yan g dikehendaki
77
Tentukan
(Determine)
Membuat sesuatu keputusan selepas mengambil kira beberapa perkara sebagai asas pertimbangan
78
Tentusahkan
(Verify)
Menyatakan kebenaran / ketepatan sesuatu perkara dengan memberi bukti
79
Terangkan
(Explain)
Menyatakan fakta dengan sokongan atau menjelaskan sesuatu dengan sebab
80
Terbitkan
Membina sesuatu dengan menunjukkan cara / kaedah untuk menemuinya
81
Terjemahkan
(Translate)
Menukarkan sesuatu bentuk komunikasi kepada sesuatu bentuk komunikasi lain tanpa mengubah dan memperihalkan makna komunikasi tersebut
82
Transposisikan
(Transpose)
Mengubah kedudukan not kepada nada baru
83
Tukarkan
(Change)
Mengubah sesuatu kepada bentuk / unit lain
84
Tulis
(Write)
Memcatat huruf / angka / simbol yang khusus
ATAU
Menghasilkan maklumat / idea berbentuk teks
85
Tunjukkan
(Show)
Menyatakan sesuatu dengan bukti
86
Ubahsuai
(Modify)
Membuat sesuatu perubahan dengan menggunakan kaedah / prinsip tertentu
87
Ukur
(Measure)
Menggunakan alat mengukur untuk mendapatkan nilai ukuran beserta unitnya
88
Ulas
(Comment)
Memberi pandangan / pendapat / komen/ kritik
89
Ungkapkan
(Express)
Menyatakan sesuatu secara muktamad dalam bentuk yang dikehendaki
90
Unjur
(Project)
Membina garisan mengikut unjuran sudut yang ditetapkan
91
Wajarkan
Membuat pertimbangan terhadap sesuatu dengan mengambilkira kebaikan dan keburukannya


JADUAL DI BAWAH MENUNJUKKAN HUBUNGKAIT ANTARA KONSTRUK DENGAN KATA TUGAS BERDASARKAN TAKSONOMI BLOOM YANG DISEMAK SEMULA.

SUMBER BAHAN DARI BUKU DARI LPM

No comments:

Post a Comment