Thursday, 29 January 2015

CONTOH-CONTOH SOALAN KBAT SIRI 1

SOALAN RUTIN DAN BUKAN RUTIN (MATEMATIK)

(KOLEKSI SOALAN DARI LAMAN-LAMAN WEB)

SOALAN 1

a) Berapakan nilai bagi 695 dibundarkan kepada ratus yang terhampir? (KBAR)

Komen ;
           Jawapan Bagi soalan ini adalah 700
           Ada 1 jawapan sahaja
           Soalan juga secara terus tanpa perlu banyak berfikir

b) Apakah nombor yang apabila dibundarkan kepada ratus yang hampir adalah 700 ? (KBAT)

Komen ;
              Jawapan mungkin adalah : 699,672, 681 , 633 dan banyak lagi
              Yang penting pelajar tahu konsep asas "ratus terhampir"
              Jawapan boleh jadi lebih daripada 1
              Membantu pelajar lebih berfikir dlm situasi sebenar - setiap masalah dlm                               kehidupan sebenarnya ada byk cara penyelesaian.
SOALAN 2

SOALAN JAM PASIR (hour Glass) - Kesesuaian soalan - Tingkatan 1, Bab 6, Ukuran Asas

Dengan hanya memusingkan dua jam pasir, 11 minit dan 7 minit, Ukur masa tepat 10 minit.
With only 2 hour glass, each 11 minutes and 7 minutes, measure exacly 10minutes.

Update 1

Terima kasih kepada wongyl_125@hotmail.com telah menghantarkan jawapan. Email hanya attach gambar jawapan. 

Jawapan anda kurang tepat... sebabnya
1. Jam pasir tidak boleh dibuka / dibuang pasirnya sebab ianya kaca dipateri siap-siap dan hanya memecahkannya sahaja barulah pasirnya boleh keluar.
2. pada jawapan (3) di gambar, bagaimana anda sukat pasir 4 minit???
Jadi jawapan ini adalah salah....  ada siapa nak mencuba lagi

Update2
Senang chegu jelah yang jawapkan

Nampak tak?? Anda perlu imaginasi objek. Salah satu ciri-ciri kbat math adalah penyelesaian masalah perlulah dari sumber konkrit (ada bentuk / objek / pengalaman yang boleh pelajar imaginasi) - See more at: http://cheguzam.blogspot.com/2014/05/kbat-matematik-soalan-01.html#sthash.Uqy8VIhz.dpuf

SOALAN 3

Ah Seng ingin membeli bunga untuk ibunya sempena Hari Ibu. Setangkai bunga ros berharga RM12.00 dan setangkai bunga tulip berharga RM20.00. Ibunya sangat menyukai kedua-dua jenis bunga tersebut. Sekiranya beliau mempunyai wang sebanyak RM115, apakah pilihan terbaik yang boleh dibuat dengan baki wang yang paling minimum?

A. Setangkai bunga ros dan lima tangkai bunga tulip
B. Dua tangkai bunga ros dan empat tangkai bunga tulip
C. Tiga tangkai bunga ros dan tiga tangkai bunga tulip
D. Empat tangkai bunga ros dan tiga tangkai bunga tulip

Penyelesaian: 

Jawapan Bunga Ros (RM12) Bunga Tulip (RM20) 
Kos A 1 x 12 = 12 5 x 20 = 100 RM112 
       B 2 x 12 = 24 4 x 20 = 80 RM104 
       C 3 X 12 = 36 3 X 20 = 60 RM96 
       D 4 X 12 = 48 3 X 20 = 60 RM108 

Jawapan = 

D i) Hampir seimbang bilangan bunga ros dan tulip kerana klausa “Ibunya sangat menyukai kedua-dua jenis bunga tersebut”. ii) Baki minimum = RM115 – RM108 = RM7 2. 5 kasut sekolah bersaiz 4 disusun sebaris seperti gabungan di bawah. Pelajar diminta membentuk satu segi tiga bersudut tegak menggunakan kasut sekolah bersaiz yang sama. Berapakah bilangan kasut yang masih diperlukan untuk melengkapkan segi tiga bersudut tegak tersebut? 
Berikan lebih daripada satu jawapan yang mungkin. 11
Pilihan Jawapan : (i) Bilangan kasut yang diperlukan = 7 kasut 12
                             (ii) Bilangan kasut yang diperlukan = 25 kasut 13


No comments:

Post a Comment