Wednesday, 3 December 2014

Alat-Alat Berfikir

Alat-alat berfikir membantu kita menggunakan minda dengan lebih bijak dan berkesan. Pemikiran kita menjadi lebihtersusun,luas, jelas dan kita tidak terburu-buru melakukan sesuatu.Di sini dikemukakan  empat alat yang boleh digunakan  untuk meningkatkan ketrampilan berfikir  iaitu:

Alat-alat berfikir ialah instrumen yang boleh membantu kita  membuat pengurusan lisan  , mengurus  pemikiran secara visual dan terkawal.

(1) Soalan dan Penyoalan

Soalan penyoalan  membantu kita berfikir secara  mendalam dan meluas.
Sebagai guru, pengetahuan mengenai  soalan dan penyoalan membolehkan kita
membentuk soalan dan menggunakannya secara berkesan dalam situasi pengajaran
dan pembelajaran. Soalan yang baik harus mengambil kira semua aspek iaitu aras ,
skop dan fokus

Soalan mengikut aras Taksonomi Bloom

 
 
  
 a)  Soalan bertumpu dan bercapah
 Soalan boleh dikategerikan kepada  jenis bertumpu dan bercapah

Soalan Bertumpu
Soalan bercapah

Aras rendah
Aras tinggi

Jawapan atau respon terhad
Jawapan atau respon luas

Berbentuk tertutup
Berbentuk terbuka

Sesusi menguji daya ingatan
Sesuai  menguji penaakulan dan penafsiran

Lebih  bersifat objektif
Lebih  bersifat subjektif
 

b) Lingkaran soalan

Soalan  jenis ini  mula diperkenalkan oleh Christenbury dan Kelly (1983) dan telah diperkenalkan  di  Malaysia oleh William W. Wilen  pada 1994.

Lingkaran soalan memberi  tumpuan kepada  tiga skop khusus iaitu Perkara(P), Individu(I) dan Luar Individu(LI) , kombinasi tiga skop ini  akan menjanakan lebih soalan yang  boleh meningkatkan kemahiran berfikir
 
 2) Peta Minda
 
Menurut Tee et al. (b) (2009), peta minda adalah suatu lakaran yang mempunyai tajuk atau tema di bahagian tengahnya dan beberapa garisan yang dikembangkan dari sekelilingnya untuk menggambarkan idea-idea penting serta dengan cabang-cabang kecil ini sebagai huraiannya. 
 
 
 Tujuan peta minda adalah untuk membolehkan pelajar:
(i) Mencatat nota dengan mudah.
(ii) Merancang sesuatu seperti penulisan karangan, persembahan, ucapan, projek dan sebagainya.
(iii) Mengingat sesuatu dengan mudah.
(iv) Menggabungkan dan menyeimbangkan kegunaan otak kanan dan otak kiri semasa belajar.
 
   (i) Mencatat nota dengan mudah.
 
   (ii) Merancang sesuatu seperti penulisan karangan, persembahan, ucapan, projek dan sebagainya.
 
  (iii) Mengingat sesuatu dengan mudah.
 
  (iv)Menggabungkan dan menyeimbangkan kegunaan otak kanan dan otak kiri semasa belajar.
(ii) Merancang sesuatu seperti penulisan karangan, persembahan, ucapan, projek dan sebagainya.
(iii) Mengingat sesuatu dengan mudah.
(iv) Menggabungkan dan menyeimbangkan kegunaan otak kanan dan otak kiri semasa belajar Mengingat sesuatu dengan mudah.
  
 
  (3) PENGURUSAN GRAFIK 
 
 
DEFINASI : Satu bentuk ilustrasi atau lakaran. Ia digunakan untuk membantu dan mengurus cara berfikir yang lebih tersusun dengan tujuan memantapkan
pemikiran. Pengurusan grafik juga dapat menyedarkan individu tentang proses pemikiran yang berlaku. Ia juga menggambarkan secara mudah dan jelas sesuatu idea dan erhubungannya dengan aspek yang berkaitan.
 
 JENIS-JENIS KERANGKA PEMIKIRAN 
   
  1. PG membanding dan membeza
  2. PG membuat kategori
  3. PG meneliti bahagian dan keseluruhan
  4. PG membuat sekuen
  5. PG menerangkan sebab
  6. PG membuat ramalan
  7. PG menyusul periksa andaian
  8. PG membuat inferen
  9. PG mengesahkan sumber maklumat
  10. PG menjana idea
  11. PG mencipta analogi
  12. PG mencipta metafora
  13. PG membuat keputusan
  14. PG menyelesaikan masalah

 KOMPONEN PENGURUSAN GRAFIK
 
   (I) GARIS
 
   (II) BULATAN
 
   (III) GAMBAR
 
   (IV) PERKATAAN 
 
 
 
CARA MENGGUNAKAN PENGURUSAN GRAFIK 
 
(I)  Merancang dan menyusun idea
 
  (II) Memahami proses pemikiran kendiri  
 
  (III) Menterjemah pemikiran tersirat kepada bentuk tersurat
 
  (IV) Menghubungkan semua maklumat dan memvariasikan cara penghubungan maklumat tersebut 
 
    
  (4)  ALAT CoRT
 
 
10 alat pemikiran yang terkandung dalam CoRT, telah diperkenalkan oleh Edward de Bono dan tambahan dua alat  pemikiran yang lain, iaitu:
 
  1. PMI – Plus, Minus, Interesting: setiap perkara dapat difikirkan dari segi aspek kekuatan dan positif di samping aspek negatif dan kelemahannya, begitu juga aspek yang menarik tentangnya.
  2. CAF – consider all factors: sebelum membuat keputusan atau sebelum faham akan sesuatu, pertimbangkan semua factor yang berkaitan dengannya.
  3. C&S – Consequence and Sequel: sesuatu berlaku dengan ada sebab dan akibatnya, justeru apabila memikirkannya sebagai fenomena, hendaklah dicari kemungkinan ini.
  4. AGO – Aims, Goals, Objectives: perkara yang difikirkan lazimnya ada matlamat, objektif, maka perkara ini hendaklah dipekai dalam pencarian proses kognitif.
  5. FIP – First Important Priorities: apabila membuat pengasingan atau pengkelasan, malah pengkategorian, ada satu susunan yang menurut peraturan, maka dalam proses berfikir, perkara ini hendaklah diamalkan.
  6. APC – Alternatives, Possibilities, Choices: fenomena di sekeliling seseorang insan lazimnya wujud dalam banyak kemungkinan, justeru apabila memikirkannya hendaklah mempertimbangkan alternative, kemungkinan-kemungkinan dan pilihan yang lumayan.
  7. OPV – Other Peoples View: ketika sedang berfikir, pendapat orang yang diperoleh hendaklah dipertimbangkan dan digunakan juga.
  8. Rules – seseorang yang sedang berfikir hendaklah mengatur fikiran kita supaya patuh kepada peraturan-peraturan tertentu seperti formula matematik. Dia hendaklah patuh kepada sikuen dan proses berlakunya sesuatu dalam peraturan itu.
  9. Planning – ketika berfikir dengan menggunakan alat perancangan, seseorang hendaklah melibatkan  alat-alat yang lain seperti AGO, C&S, CAF, dan PMI. Alat-alat ini akan meningkatkan kemahiran pemikir membuat perancangan
  10. Decision – apabila berfikir untuk memnbuat kesimpulan atau keputusan, kesemua alat berfikir yang lain hendaklah digunakan, iaitu:
    • Ketika membuat keputusan, ambil kira semua fakta (CAF)
    • Anda hendaklah jelas tentang matlamat dan objektif (AGO)
    • Mengenal pasti keutamaan (FIP)
    • Kenal akan kesan dan akibat (C & S)
    • Ada alternatif (APC)
    • Menilai semua alternatif yang dipertimbangkan (PMI)
    • Pandangan orang lain juyga sudah diambil kira (OPV)
  1. Siabidibam – perkara yang wajar difikirkan tentang satu-satu fenomena ialah siapa, apa, bila, di mana, yang mana, mengapa sesuatu terjadi, wujud atau berlaku.
  2. Perspektif – fenomena yang wujud dapat juga difikirkan dari perspektif social, pendidikan, ekonomi, jantina, usia, bangsa, geografi, jarak, jisim, bentuk dan sebagainya.
Kesemua alat berfikir dapat digunakan secara bersepadu atau secara asing-asing, Namun, perkara yang penting ialah insan yang berfikir mempunyai alat berfikir yang asli dan sesuai
 
 
 (bahan dipetik dari SMK BATUKAWAN.COM)